Segamat Kita
Terma Penggunaan
Berkuat kuasa: 25 Oktober 2026
Dengan menggunakan Segamat Kita (segamatkita.my), anda bersetuju dengan terma ini. Jika tidak bersetuju, sila jangan gunakan website ini.
1. Tentang Segamat Kita
Segamat Kita ialah platform komuniti yang menghubungkan warga Segamat dengan info tempatan, kedai makan (Lapar Ek?), serta peniaga, ejen dan penyedia servis (Market Ek & Servis Ek). Segamat Kita bukan penjual makanan, barang atau servis. Urusan jual beli adalah antara anda dan partner.
2. Akaun
- Anda log masuk menggunakan akaun Google dengan email yang disahkan.
- Maklumat profil (nama, telefon, alamat) mestilah benar. Nama yang menyamar sebagai admin atau pihak lain tidak dibenarkan.
- Anda bertanggungjawab atas aktiviti akaun anda. Kami boleh menggantung akaun yang menyalahgunakan website.
3. Kandungan pengguna
- Info, komen, iklan jawatan kosong dan Request mestilah benar, sopan dan sah di sisi undang-undang Malaysia.
- Dilarang: maklumat palsu, penipuan, kandungan lucah, menyinggung kaum atau agama, menghasut, spam, dan barang atau servis yang menyalahi undang-undang.
- Kebanyakan hantaran disemak admin sebelum dipaparkan. Admin boleh menolak, menyembunyikan atau memadam kandungan tanpa notis.
- Anda memberi kami kebenaran untuk memaparkan kandungan yang anda hantar di Segamat Kita.
4. Order Lapar Ek?
- Order dibuat terus dengan kedai. Harga, kualiti makanan, ketersediaan menu dan bayaran adalah tanggungjawab kedai.
- Harga order dikira oleh sistem berdasarkan menu kedai. Bayaran dibuat terus kepada kedai (tunai atau DuitNow QR).
- Segamat Kita tidak mengenakan caj kepada pelanggan.
5. Marketplace (Market Ek, Servis Ek, Request Je)
- Partner disemak oleh admin semasa mendaftar. Lencana Disahkan bermaksud identiti dan bukti partner telah disemak, bukan jaminan kualiti barang atau kerja.
- Harga, sebut harga, waranti dan urusan bayaran adalah antara anda dan partner. Semak barang atau servis sebelum membuat bayaran penuh.
- Request Je dipaparkan kepada pengguna log masuk selama 30 hari supaya partner dan warga boleh menghubungi anda.
6. Tanggungjawab partner
- Maklumat perniagaan, listing, menu, harga dan gambar mestilah tepat dan dikemas kini.
- Partner bertanggungjawab mematuhi undang-undang berkaitan perniagaan, perlindungan pengguna dan cukai.
- Partner hanya boleh menggunakan data pelanggan (nama, telefon, alamat) untuk menguruskan order atau permintaan berkaitan, dan tidak boleh menyalahgunakannya.
- Admin boleh menyembunyikan atau memadam akaun partner yang melanggar terma ini.
7. Maklumat cuaca & kualiti udara
Ramalan cuaca dari MET Malaysia dan bacaan IPU dari Jabatan Alam Sekitar dipaparkan sebagai panduan sahaja. Untuk kecemasan, terus dail 999.
8. Had tanggungjawab
Segamat Kita disediakan "seadanya". Setakat yang dibenarkan undang-undang, kami tidak bertanggungjawab atas kerugian akibat urusan antara pengguna dan partner, kandungan pengguna, atau gangguan perkhidmatan. Kami berusaha memastikan website selamat dan berfungsi, tetapi tidak menjamin ia bebas daripada gangguan.
9. Privasi
Penggunaan data peribadi diterangkan dalam Dasar Privasi.
10. Perubahan terma
Kami mungkin mengemas kini terma ini. Penggunaan berterusan selepas perubahan bermaksud anda menerima terma yang dikemas kini.
11. Undang-undang
Terma ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia.
12. Hubungi kami
Segamat Kita
Segamat, Johor, Malaysia
Email: melalui menu "Hubungi kami" di laman utama