Segamat Kita
Dasar Privasi
Berkuat kuasa: 25 Oktober 2026
Segamat Kita (segamatkita.my) ialah portal komuniti untuk warga Segamat: info tempatan, direktori, Marketplace (Market Ek, Servis Ek, Request Je) dan order makanan Lapar Ek?. Dasar ini menerangkan data peribadi yang kami kumpul, sebab kami menggunakannya, dan hak anda di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA).
1. Data yang kami kumpul
- Akaun Google: nama, alamat email dan gambar profil apabila anda log masuk dengan Google. Kami tidak menerima atau menyimpan kata laluan Google anda.
- Profil: nama paparan, no. telefon, alamat dan lokasi Google Maps yang anda isi.
- Order Lapar Ek?: item yang dipesan, jumlah, nama, no. telefon, no. meja atau masa pickup, dan nota.
- Hantaran anda: info, komen, iklan jawatan kosong, Request dan gambar yang anda muat naik.
- Partner (kedai & Marketplace): nama perniagaan, kategori, waktu operasi, alamat, no. telefon, jantina, pautan TikTok, listing dan gambar. No. SSM dan TIN (jika diisi) disimpan secara peribadi.
- Dokumen pengesahan: gambar kedai, sijil atau kad / ID ejen yang dihantar semasa mendaftar sebagai partner.
- Notifikasi: alamat langganan notifikasi pelayar (jika anda menghidupkan notifikasi). Ia tidak mengandungi nama atau no. telefon.
- Lokasi peranti: hanya apabila anda menekan "Guna lokasi saya", untuk mengisi alamat secara automatik. Lokasi tidak dijejak di latar belakang.
2. Tujuan penggunaan
- Memproses order dan membolehkan kedai menghubungi anda tentang order.
- Membolehkan partner dan warga Segamat menghubungi anda melalui WhatsApp tentang Request atau sebut harga yang anda hantar.
- Menyemak dan meluluskan permohonan partner, info dan Request (mencegah penipuan dan kandungan tidak sesuai).
- Menghantar notifikasi yang anda pilih (order baru, pengumuman).
- Memastikan keselamatan website dan mencegah spam.
Kami tidak menjual data peribadi anda dan tidak menggunakannya untuk iklan pihak ketiga.
3. Siapa boleh melihat data anda
- Orang awam: hanya kandungan yang diluluskan untuk paparan (info, listing, profil awam partner, direktori). Profil, email, alamat, order, SSM/TIN dan dokumen anda tidak boleh dilihat oleh orang awam.
- Pengguna log masuk: boleh melihat Request (termasuk no. WhatsApp yang anda berikan) supaya mereka boleh membantu.
- Kedai Lapar Ek?: melihat butiran order yang anda buat di kedai itu sahaja.
- Partner Marketplace: melihat permintaan sebut harga yang dihantar kepada mereka.
- Admin Segamat Kita: untuk menyemak, meluluskan dan menyelesaikan aduan.
4. Pemproses data & pemindahan ke luar Malaysia
Kami menggunakan pembekal perkhidmatan berikut untuk menjalankan website. Pelayan mereka mungkin terletak di luar Malaysia:
- Supabase: pangkalan data, log masuk dan simpanan gambar.
- Netlify: pengehosan website.
- Google: log masuk dengan Google dan Google Maps.
- Perkhidmatan notifikasi pelayar (Google, Apple, Mozilla, Microsoft): penghantaran notifikasi.
Data cuaca dari MET Malaysia dan bacaan IPU dari Jabatan Alam Sekitar dipaparkan sebagai panduan sahaja dan tidak mengandungi data peribadi anda.
5. Keselamatan
Semua sambungan menggunakan HTTPS. Akses data dikawal dengan peraturan keselamatan pangkalan data (setiap pengguna hanya boleh membaca dan mengubah data sendiri), had kekerapan hantaran untuk mencegah spam, dan semakan berkala. Dokumen pengesahan disimpan secara peribadi dan dipadam selepas admin membuat keputusan. Walaupun begitu, tiada sistem dalam talian yang 100% selamat.
6. Tempoh simpanan
- Data akaun dan profil disimpan selagi akaun anda aktif.
- Request dipaparkan selama 30 hari.
- Dokumen pengesahan partner dipadam selepas semakan.
- Data dipadam apabila anda meminta akaun anda dipadam, kecuali rekod yang perlu disimpan di bawah undang-undang.
7. Storan pelayar
Kami menyimpan sedikit maklumat dalam pelayar anda (contohnya sesi log masuk, troli order dan tetapan notifikasi) supaya website berfungsi. Kami tidak menggunakan cookie pengiklanan atau penjejakan pihak ketiga.
8. Hak anda
Di bawah PDPA, anda berhak untuk:
- meminta salinan data peribadi anda;
- membetulkan data yang tidak tepat (kebanyakannya boleh diubah sendiri di menu Akaun);
- menarik balik persetujuan dan meminta akaun serta data anda dipadam;
- mematikan notifikasi pada bila-bila masa di menu Akaun.
Hubungi kami di alamat di bawah. Kami akan membalas dalam tempoh 21 hari.
9. Kanak-kanak
Segamat Kita tidak ditujukan kepada kanak-kanak bawah 13 tahun. Jika anda percaya kanak-kanak telah memberikan data peribadi, sila hubungi kami untuk dipadam.
10. Perubahan dasar
Kami mungkin mengemas kini dasar ini. Tarikh "Berkuat kuasa" di atas akan dikemas kini, dan perubahan penting akan dimaklumkan di website.
11. Hubungi kami
Segamat Kita
Segamat, Johor, Malaysia
Email: melalui menu "Hubungi kami" di laman utama